Tuesday, August 13, 2013

....Kenapa SHAKLEE????

Kenapa saya pilih Shaklee sebagai business online saya? 
_______________
 1. SHAKLEE -Company yg stabil sejak 1956- lebih 50tahun di pasaran.Ia tertua di pasaran makanan tambahan dan pastinya kukuh dan hebat
Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.

2.Produk yg berkualiti -Salah satu produknya yg pertama dicipta- Vitalized Mineral, dirumus pada 1915. Ia produk yg harmoni dgn alam semulajadi dan terbukti dgn ujian klinikal. Apabila anda memilih produk Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal.Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.

 3.Pelan Jualan Menarik Shaklee
Anda berpeluang menikmati bonus skim yg shaklee tawarkan, tiada limit RM, berpeluang mengikuti trip2 international dan local secara percuma, berpeluang mendapat recognition (trophy dan cash) dari Shaklee, berpeluang membina empayar bisnes anda sendiri baik secara part time atau full time..dan hasil daripada apa yg anda kongsikan dgn mereka diluar sana. its priceless...

4. Support group yang penuh dengan caj2 positif.,ukhuwah yg kuat...penuh dgn rahsia2 dan strategi utk  berjaya. [GROUP JUTAWAN SHAKLEE -secret Facebook group,hanya yg terpilih layak dijemput masuk]. group yg dah melahirkan ramai leader2 yg berkualiti dengan income bulanan stabil dari 2angka ke 6angka - Master, Sr Key Coordinator, Coordinator, Key Coordinator, Supervisors, Sr Supervisors..


Jom join saya dan group Jutawan Shaklee. I'm more than glad to help as much as i can ..InsyaAllah ..Hanya melalui alam maya..tak perlu meeting sampai lewat malam..you can have it your way..thousands of fibers connects us..latihan di alam realiti juga disediakan...

You choose and u decide.. Its your dream. Your success or your failures rely on you, not me.I'm here to share the secrets, the tips, to teach the strategies, the power of giving, the power of doa, the power of dreams....  with the miracles of Shaklee, and our personal gold 'touch'..everything is possible...U just have to believe in your dream.. have faith in Allah, in yourselves and in the product.. InsyaAllah.. 

Berminat? Contact me..JOm.

 
Masitah Ishak
Shaklee Independent Distributor [ID No : 921790]
019-9599015 


cnp // cr:mamafaiz

Falsafah SHAKLEE



Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan masyarakat, turut mempunyai keyakinan, keghairahan dan falsafahnya yang tersendiri.Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun, beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.

Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.

Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa Shaklee dipasarkan melalui cara begini. Puluhan ribu rakyat berbilang umur dan daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk dunia bergabung membentuk satu komuniti yang hebat untuk memasarkan produk kesihatan tersebut secara langsung. Mereka adalah insan yang mempunyai visi dan kecekalan untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka serta insan lain dan mereka jugalah yang telah mencipta pertubuhan dermawan seperti Shaklee Cares.

Kini, generasi baru telahpun menemui dan mengenali Perbezaan Shaklee (Shaklee Difference) dan menyertai komunitinya.


Kisah Dr. Shaklee


Sr Dr Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar Amerika,lahir pada tahun1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah merubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.

Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee "Thoughtsmanship."


Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.


Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra dengan Alam.


Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya, termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun 1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West, Who's Who in America, Who's Who in the World dan the International Register of Profiles.


Hari ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan, kecerdikan dan keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah meningkatkan banyak kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat di seluruh dunia. Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan sejak diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa.



Kisah Berlian // saya nak jadi berlian !!!!


Sedikit coretan hari ini semoga memberi motivasi dan impak positif buat semua yang datang singgah ke blog ini...Coretan tentang erti sebuah tekanan dalam kehidupan dan perlunya sentiasa berterima kasih ....terima kasih pada setiap apa yang jadi dalam hidup kita... terima kasih pada masalah..terima kasih pada yang beri masalah.. hihi.. pelik bunyinya.. tapi itulah salah satu resipi untuk hidup cemerlang .. Untuk jadi insan yang hebat.. anda perlu bersedia menghadapi tekanan.. anda perlu banyakkan berterima kasih..

Cuba lihat berlian... 
Tahukah anda berlian terbentuk dalam kerak bumi lebih daripada 90 batu (145km) kedalaman lebih dekat dengan teras bumi dan kemudian dibawa sehingga hampir dengan permukaan bumi semasa letusan gunung berapi. Proses pembentukan berlian memerlukan tekanan haba yang sangat kuat sehingga 2,000 darjah farenheit (1100 darjah celcius). Anda pun tahu akan nilai sebutir berlian, tapi untuk lahirnya sebutir berlian, ia perlu melalui tekanan yang hebat dan suhu yang tinggi...dan proses ini jangkamasanya sangat panjang. Jika tidak, ia hanya akan berakhir sebagai seketul batu..

Sama juga seperti hidup kita.. untuk menjadi seorang insan hebat, perlunya ujian, cabaran, tekanan.. Itu semua adalah kurnia dari Allah untuk menjadikan kita hebat. Kita takkan mampu mengelak dari tekanan hidup yang datang dari pelbagai arah..  Tetapi percayalah, dengan cabaran.. dengan tekanan, kita akan jadi hebat.... Pilihan di tangan kita sama ada nak jatuh rebah putus asa mengeluh atau teruskan hidup dengan sikap yg positif..

Jadi walau apa pun tugas yang kita sandang......walau siapa pun kita, walau apa jua impian kita....buatlah pilihan yang bijak samada nak jadi arang batu atau berlian...Kita sendiri yang tentukan nilai kehidupan kita.. nilai diri kita di mata orang ramai........

Mungkin kita tak suka pada masalah yang hadir....tetapi apa yang kita tidak suka itu tak semestinya ia buruk untuk kita.... sedangkan yang kita tidak suka itulah mungkin yang akan menjadikan kita insan cemerlang....Rahsianya adalah sentiasa senyum..sentiasa bersyukur...dan banyakkan bersabar...

Well.. Life goes on.

Credit: Kak Cery

Monday, July 15, 2013

Jatuh cinta...

Assalamualaikum...

Sebelum ni Ummi tak pernah kenali apa itu SHAKLEE...biasa nampak terpampang sticker kat kereta2 di jalanan tapi tak tahu apa sebenarnya yg terlindung di sebalik perkataan SHAKLEE. Serius...memang tak pernah nak ambil tahu pun..sikit pun tidak terpikat.

Melayari FB menemukan kita dengan pelbagai iklan...Ummi ni suka baca ayat2 promo...dalam2 duk baca tu terpikat dengan iklan seorang hamba Allah ni..Herny..seorang misi yg comel, ayatnya memang menarik. Di awal2 tahun 2013...lama jugak duk pendam, akhirnya terbuka hati nak pm bertanyakan pasal produk..Herny terus masukkan ke group khas..promo harga ahli. Tanya2 pasal trial pack...otak ni nak yg murah je, masih lagi belum yakin sebab fikirkan harganya..terasa sangat mahal.

Lama jugak amik masa...fikir2, akhirnya Ummi pm Herny..nak order. Masa tu promo AJHT..bulan Jan 2013, kebetulan masa baca iklan tu teringat..nak hadiahkan kat mak. So Ummi contact bertanya khabar mengenai produk dan akhirnya order Alfalfa, AJHT dan juga MS.

AJHTdi bahagi 2...sebahagian bagi kat mak dan sebahagian lagi untuk kegunaan sendiri. Lepas seminggu makan memang terasa sakit2 habis kat sendi2..nak bergerak pun sakit. Bila diajukan pertanyaan pada mak..rupanya dia pun mengalami masalah yang sama. Ummi teruskan juga kerana tahu pasal healing crisis, tapi mak berhenti mengambil AJHT, hanya dapat bertahan 3 hari sahaja...rasa sakit yang amat sangat. Setelah 2 minggu pengambilan..healing crisis dah tak ada..Ummi teruskan dengan baki yang ada dengan mak...rugi membazir!!!

Seterusnya Ummi terfikir..apa lagi yang boleh Ummi bantu mak...contact Herny dan order lagi ESP. Bila bancuh je..alamak, nape macam ni..rasanya semacam je..Ummi tak lalu nak telan. Ummi cuba alternatif lain..campurkan dengan milo dan horlicks..emmm, sedap. Setelah fikir2..akhirnya Ummi buat keputusan nak join Shaklee...dengan bermodalkan RM65.

Ummi promote2 kat fb..masa tu promo Omega, adik beradik je yang beli..disamping untuk kegunaan sendiri. Okey je..permulaan Ummi dengan Shaklee...berakhirnya feb 2013, closing Ummi dengan uv 333 shj..Alhamdulillah..ada jugak bonus.

Dan kini...Ummi semakin yakin dengan Shaklee, untuk suami dan anak2 Ummi bekalkan dengan makanan tambahan..semoga Allah kurniakan kesihatan berpanjangan dan sentiasa melindungi Ummi sekeluarga. Tak lupa juga untuk ibu bapa tersayang...semoga Allah juga merahmati mereka dan usaha murni Ummi.


Saturday, July 13, 2013

Di sini aku bermula...

Assalamualaikum...

Hari ni 13 julai 2013, tercipta sejarah ummi..terhasilnya sebuah blog, titik permulaan utk ummi promosikan produk2 SHAKLEE kebanggaan ummi.

Walaupun ummi dah lama dalam bidang perniagaan online, namun bersama produk SHAKLEE ianya suatu yang baru...ummi kena kaji, kena baca..kena selidik dan kongsikan bersama2 anda pembaca budiman.. sama2 berkongsi manafaat. Mudah-mudahan dengan perkongsian itu..ummi dapat sebarkan kebaikkannya hasil dari pengalaman ummi dan juga rakan2...

InsyaAllah..ummi akan cuba kumpulkan yang terbaik di sini.
Terima kasih untuk anda semua...sudi membaca!!!

SELAMAT DATANG KE OSE BEUTY N HEALTH...