Monday, July 15, 2013

Jatuh cinta...

Assalamualaikum...

Sebelum ni Ummi tak pernah kenali apa itu SHAKLEE...biasa nampak terpampang sticker kat kereta2 di jalanan tapi tak tahu apa sebenarnya yg terlindung di sebalik perkataan SHAKLEE. Serius...memang tak pernah nak ambil tahu pun..sikit pun tidak terpikat.

Melayari FB menemukan kita dengan pelbagai iklan...Ummi ni suka baca ayat2 promo...dalam2 duk baca tu terpikat dengan iklan seorang hamba Allah ni..Herny..seorang misi yg comel, ayatnya memang menarik. Di awal2 tahun 2013...lama jugak duk pendam, akhirnya terbuka hati nak pm bertanyakan pasal produk..Herny terus masukkan ke group khas..promo harga ahli. Tanya2 pasal trial pack...otak ni nak yg murah je, masih lagi belum yakin sebab fikirkan harganya..terasa sangat mahal.

Lama jugak amik masa...fikir2, akhirnya Ummi pm Herny..nak order. Masa tu promo AJHT..bulan Jan 2013, kebetulan masa baca iklan tu teringat..nak hadiahkan kat mak. So Ummi contact bertanya khabar mengenai produk dan akhirnya order Alfalfa, AJHT dan juga MS.

AJHTdi bahagi 2...sebahagian bagi kat mak dan sebahagian lagi untuk kegunaan sendiri. Lepas seminggu makan memang terasa sakit2 habis kat sendi2..nak bergerak pun sakit. Bila diajukan pertanyaan pada mak..rupanya dia pun mengalami masalah yang sama. Ummi teruskan juga kerana tahu pasal healing crisis, tapi mak berhenti mengambil AJHT, hanya dapat bertahan 3 hari sahaja...rasa sakit yang amat sangat. Setelah 2 minggu pengambilan..healing crisis dah tak ada..Ummi teruskan dengan baki yang ada dengan mak...rugi membazir!!!

Seterusnya Ummi terfikir..apa lagi yang boleh Ummi bantu mak...contact Herny dan order lagi ESP. Bila bancuh je..alamak, nape macam ni..rasanya semacam je..Ummi tak lalu nak telan. Ummi cuba alternatif lain..campurkan dengan milo dan horlicks..emmm, sedap. Setelah fikir2..akhirnya Ummi buat keputusan nak join Shaklee...dengan bermodalkan RM65.

Ummi promote2 kat fb..masa tu promo Omega, adik beradik je yang beli..disamping untuk kegunaan sendiri. Okey je..permulaan Ummi dengan Shaklee...berakhirnya feb 2013, closing Ummi dengan uv 333 shj..Alhamdulillah..ada jugak bonus.

Dan kini...Ummi semakin yakin dengan Shaklee, untuk suami dan anak2 Ummi bekalkan dengan makanan tambahan..semoga Allah kurniakan kesihatan berpanjangan dan sentiasa melindungi Ummi sekeluarga. Tak lupa juga untuk ibu bapa tersayang...semoga Allah juga merahmati mereka dan usaha murni Ummi.


No comments:

Post a Comment