Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 75 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 86 peratus berat paru-paru dan 83 peratus kandungan darah membabitkan air.
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi.Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ada juga yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
- Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
- Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
- Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
- Tekanan darah menurun
- Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
- Lesu pada waktu siang
- Sakit belakang
- Dehidrasi
- Sakit kepala
- Memperlahankan kadar metabolisma
- Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
- Sendi dan otot mengalami kekeringan
- Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
- Meningkatkan keinginan untuk makan
- Darah menjadi pekat
- Mudah keliru.
- Degupan jantung meningkat
secara konklusinya, Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)
p/s : Tahukah anda setiap 25kg berat anda, anda perlu mengambil 1 litre air?? Kalau berat 50kg, dah kena ambik 2litre..kalau lebih 50kg??.Kira sendiri ye..Sekiranya anda mengalami masalah berat badan berlebihan..anda perlu minum segelas air utk setiap 11kg melebihi berat badan unggul..so,make sure sukat air masak yg anda minum bermula hari ini.
jumpa lagi...

No comments:
Post a Comment