Friday, January 10, 2014

Tahun Baru...2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..
Dah lama tak aktif berblog ni...payah betul nak luangkan masa mencoretkan sepatah dua kata kat sini. InsyaAllah, sempena tahun baru..2014, nak semat azam baru..nak tulis blog ni..jadikan ianya lebih ceria dengan perkongsian apa jua cerita.

Anggaplah ini adalah permulaan...kena start dari bawah semula. Paling-paling tidak pun ada sekurang-kurangnya 1 update setiap bulan. Tak nak ler blog ni bersawang dan menerima nasib yg sama seperti blog2 yg terdahulu. Kiranya entry hari ni macam pengenalan la..

Umi nak kenalkan diri dulu...umi, seorang surirumah sepenuh masa, ibu kepada 4 orang kanak2 yg lasak dan cerdik. Di samping tu umi juga seorang bisnesswomen..hmm, kecil-kecilan je...berdaftar dengan SSM di bawah nama OmbakSutera Enterprise. Asal usul nama tu adalah gabungan nickname umi dan suami..Ombak adalah nickname suami umi, manakala Sutera pula adalah nickname umi. Masa nak tubuhkan syarikat ni..jenuh jgk fikir nama yg sesuai, lastnya terfikir nak gabungkan nickname tersebut..maka terhasillah OMBAKSUTERA ENTERPRISE.

Ombak Sutera Enterprise, dulunya hanya menjual produk2 orang...dropship je..tp walaupun gitu, untuk mendapatkan sepenuh kepercayaan pelanggan..tentunya dengan bermodalkan nama OmbakSutera. Alhamdulillah..walaupun hasilnya tidak memberangsangkan namun umi puashati dapat mengecapi hasil usaha sendiri. Sekarang ni umi dah tak buat dropship...Ombak Sutera kini memasarkan tudung nurse, kasut nurse dan juga supplement SHAKLEE.

Kepada sesiapa yang berminat..boleh hubungi umi @ Ombak Sutera Enterprise.


No comments:

Post a Comment